Showing posts with label Puding. Show all posts
Showing posts with label Puding. Show all posts

Sunday, April 6, 2008

Puding Karamel


Puding Karamel Feqah

Sumber & Gambar : srsfeqah


Puding Karamel juga dikenali sbg Puding Gula Hangus a.k.a. Puding Telur..

Bahan2 Gula Hangus
1 cawan gula pasir
1 cawan air (mak ckp ‘better’ guna air panas)

Bahan2 Puding
4 biji telur
1 tin susu cair
2 SB esen vanilla
2 SB tepung jagung/kastard

Cara Membuat:
1-sediakn gula hangus-asingkn
2-sediakn pengukus
3-* ‘blend’ telur hg kembang
3-masukn susu cair + ‘blend’ lg
4-masukn esen vanilla & tepung jagung/kastard + ‘blend’ lg
5-tuangkn sebahagian gula hangus dlm loyang
6-lps tu tuangkn adunan puding td ke dlm loyang
7-kukus selama 15-20 minit

Wednesday, April 2, 2008

PUDDING KOKTAIL BERKASTARD

PUDDING KOKTAIL BERKASTARD
Sumber: Tidak diketahui (kepada pemilik resipi ini, sila maklumkan kpd saya)

Bahan puding
1 peket agar-agar
6 gelas air
1 tin cocktail buah
1 tin susu cair
Gula secukupnya
2 biji putih telur dipukul

Bahan untuk sos kastard
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
2 ½ sudu besar tepung kastard
1 tin susu cair
Gula secukup rasa
Secubit garam

Cara-caranya
Masak agar-agar kemudian masukkan susu cair & gula. Susun cocktail buah ke dalam acuan. Pukul putih telur sehingga kembang. Apabila agar-agar sudah masak, perlahankan api dan tuang telur putih tadi ke dalamnya. Kacau sebentar. Masukkan kedalam acuan yang mengandungi buah-buahan cocktail tadi. Biarkan sejuk dan simpan ke dalam peti sejuk. Untuk membuat sos kastard, pukul kuning telur dan susu cair kemudian masukkan gula dan masak. Bancuh tepung kastard, masukkan ke dalam campuran yang sedang dimasak dan kacau perlahan-lahan. Masukkan esen vanilla dan sedikit garam. Kacau sehingga masak. Apabila sudah sejuk, tuangkan ke atas puding tadi.

Tuesday, April 1, 2008

Puding Cocktail Berkuah

PUDING COCKTAIL BERKUAH

Sumber: noraini

Bahan-bahan agar -agar

1 paket agar-agar
6 gelas air
5 biji telur ayam (putih sahaja)
1 helai daun pandan
sedikit pewarna merah jambu atau kuning
sedikit esen ros

Bahan-bahan untuk kuah

1 tin susu cair
5 biji kuning telur
1 tin cocktail buah2an ditos tapi jgn buang airnya
gula secukup manis
2 sudu tepung kastad
1 tin air (sukat guna tin susu cair)

Cara Menyediakannya

Masak agar-agar dengan air dan daun pandan hingga hancur. Campurkan sedikit pewarna. Tapiskan dan ketepikan dulu, biar suam-suam.

Sementara itu pukul putih telur dengan sedikit esen ros hingga kembang dan putih dan tak berair.

Setelah itu, masukkan ke dalam agar-agar yang masih suam tadi dan terus dipukul tanpa henti hingga agar-agar sebati dengan telur. Masukkan ke dalam loyang dan bekukan.

Selepas itu bolehlah dipotong kecil-kecil, tuangkan kuahnya dan hidang dengan cocktail tadi.
Agar-agar ini menghasilkan dua lapisan, iaitu satu lapisan nipis agar-agar dibawahnya dan satu lapisan seperti span di atasnya.

Cara Membuat kuahnya

Pukul kuning telur dengan gula hingga hancur. Tuangkan susu cair sedikit demi sedikit sambil terus dipukul hingga sebati. Ketepikan.

Bancuhkan tepung kastad dengan air cocktail tadi.

Didihkan air yang satu tin tadi dan masukkan bancuhan tepung kastad sambil terus dikacau tanpa henti.

Kemudian masukkan susu bercampur gula dan kuning telur tadi sambil terus dikacau hingga mendidih dan kelihatan berkilat. Jika terlalu pekat, tambahkan air panas.

Sesuaikan rasa dan angkat.

Kuah puding ini jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. Ketika menghidang, baru dimasukkan buah-buah cocktail tadi. Hidangkan sejuk.