Resipi ni saya pernah cuba, mmg sedap dan tak pedas, semua anak saya suka makan lauk ni.. mmg dah banyak kali try, cuma tak sempat ajer nak ambil gambar, sebab dah kena sebat dulu.. hehehe..
AYAM MASAK KAPITAN
Sumber: Babybatriesyia
Disalin dari: ResipiDiana
Bahan Kisar:
1 labu bawang besar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
6- 7 biji Cili Merah
Sedikit lengkuas
Sedikit Serbuk Kunyit
Semua bahan di atas dikisar kecuali serbuk kunyit.
Bahan A
Ayam - dipotong ikut suka
200 ml santan
50 ml susu cair
4 sudu besar air asam limau nipis
Garam, Gula
Tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan ayam dan gaul, biar hingga ayam empuk.
Kemudian masukkan santan dan susu cair.
Biarkan hingga mendidih. Masukkan garam, gula dan air asam limau tadi.
Kacau sentiasa. Angkat dan hidangkan.i
No comments:
Post a Comment