Tuesday, April 1, 2008

Puding Cocktail Berkuah

PUDING COCKTAIL BERKUAH

Sumber: noraini

Bahan-bahan agar -agar

1 paket agar-agar
6 gelas air
5 biji telur ayam (putih sahaja)
1 helai daun pandan
sedikit pewarna merah jambu atau kuning
sedikit esen ros

Bahan-bahan untuk kuah

1 tin susu cair
5 biji kuning telur
1 tin cocktail buah2an ditos tapi jgn buang airnya
gula secukup manis
2 sudu tepung kastad
1 tin air (sukat guna tin susu cair)

Cara Menyediakannya

Masak agar-agar dengan air dan daun pandan hingga hancur. Campurkan sedikit pewarna. Tapiskan dan ketepikan dulu, biar suam-suam.

Sementara itu pukul putih telur dengan sedikit esen ros hingga kembang dan putih dan tak berair.

Setelah itu, masukkan ke dalam agar-agar yang masih suam tadi dan terus dipukul tanpa henti hingga agar-agar sebati dengan telur. Masukkan ke dalam loyang dan bekukan.

Selepas itu bolehlah dipotong kecil-kecil, tuangkan kuahnya dan hidang dengan cocktail tadi.
Agar-agar ini menghasilkan dua lapisan, iaitu satu lapisan nipis agar-agar dibawahnya dan satu lapisan seperti span di atasnya.

Cara Membuat kuahnya

Pukul kuning telur dengan gula hingga hancur. Tuangkan susu cair sedikit demi sedikit sambil terus dipukul hingga sebati. Ketepikan.

Bancuhkan tepung kastad dengan air cocktail tadi.

Didihkan air yang satu tin tadi dan masukkan bancuhan tepung kastad sambil terus dikacau tanpa henti.

Kemudian masukkan susu bercampur gula dan kuning telur tadi sambil terus dikacau hingga mendidih dan kelihatan berkilat. Jika terlalu pekat, tambahkan air panas.

Sesuaikan rasa dan angkat.

Kuah puding ini jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. Ketika menghidang, baru dimasukkan buah-buah cocktail tadi. Hidangkan sejuk.

No comments: