Tuesday, April 1, 2008

Brownies

Antara kuih wajib saya semasa hari Raya, tak kira Raya Puasa atau Raya Haji.. kadang sampai 2-3 adunan kena buat, sbb yg first adunan dah kena paw sebelom raya lagi.. mmg best, it is chewy gooey brownies.. dijamin sedap..

Sumber: Maaf, tidak diketahui (sila maklumkan kpd saya, sekiranya anda pemilik resipi ini)

Brownies

Disalin dari: Restoran Pak Amir

Gambar: Tiada


Bahan-bahan:-

180g mentega

330g coklat masakan

250g gula kaster

4 biji telur

3/4 cawan tepung gandum

kacang walnut yang dicincang kasar (boleh juga dicampurkan kacang2)

Cara-cara:-

1. 'double boil" mentega dan coklat masakan. kacau hingga cair dan angkat

2. pukul telur dan gula hingga kembang.

3. masukan mentega dan coklat yang telah cair ke dalam campuran telur dan gula tadi dan kacau rata.

4. masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis kesemuanya.

5. akhir sekali masukkan kacang walnut tadi dan kacau rata.

6. griskan bekas pembakar dengan mentega.

7. masukan adunan tadi ke dalam bekas pembakar dan ratakan.

8. bakar dengan suhu 180 darjah celcius selama 20 minit. (cucuk adunan dengan lidi, kalau kek tidak lekat di lidi bermakna kek itu sudah masak)

9. keluarkan dan potong kek itu dengan saiz 5cm x 5cm

No comments: